Fiat Money

Untuk memahami mengapa nilai wang kertas akan hilang dan akan berpindah kepada Emas. kita perlu melihat sejarah penggunaan matawang.

Sistem Barter > Matawang Emas > Matawang Kertas

1) Sistem Barter : 
Manusia mula berdagang dengan menggunakan sistem barter.
Sistem barter melibatkan pertukaran barang dengan barang yang di rasakan mempunyai nilai yang sama.

2) Matawang Emas :
Setelah tamadun manusia mula berkembang, emas mula menjadi matawang. 
Ianya digunakan didalam bentuk syilling, objek kecil yang senang dibawa.
walaubagaimanapun ianya tidak selamat untuk dibawa, sering di rompak. 

3) Matawang Kertas :
Manusia mula menyimpan emas mereka di bank (Gold Smith).
Pihak bank akan mengeluarkan resit (IOU) sebagai ganti kepada emas yang disimpan di dalam bank.
Resit tersebut boleh digunakan untuk sebarang urusniaga.
Resit Tersebut adalah wang kertas kita sekarang!

WANG KERTAS = RESIT EMAS DIDALAM BANK.
NILAI WANG KERTAS DISANDARKAN DIATAS EMAS YANG BERADA DIDALAM BANK.

Di awal sistem matawang kertas. ianya kelihatan stabil dan selamat.
Walaubagaimana pun, Pihak bank mula tamak.
Pihak bank memberi pinjaman wang kertas kepada orang lain dengan sedikit faedah.
Wang kertas mula dicetak oleh pihak bank tanpa disandarkan kepada jumlah emas yang ada didalam bank.

KESAN???
JUMLAH WANG KERTAS SEMAKIN BANYAK DALAM PASARAN DAN MENYEBABKAN BERLAKUNYA INFLASI.


Bergitulah senario yang berlaku sekarang.
Saya akan fokuskan kepada sejarah USD dan kenapa ianya akan memberi kesan kepada ekonomi dunia.
Tahukah anda? Sekiranya USD merudum, ianya akan menyebabkan hampir keseluruhan sistem matawang lain hancur.

MARI KITA LIHAT SISTEM PERBANKAN SEKARANG.

TAHUKAH ANDA BAHAWA WANG DICETAK TANPA APA APA SANDARAN?

TAHUKAH ANDA WANG DI CETAK SESUKA HATI?

BAGAIMANAKAH PROSESNYA?

SIAPAKAH YANG TERLIBAT?

SIAPAKAH YANG UNTUNG?

SIAPAKAH YANG MENJADI MANGSA?


JAWAPANNYA :

1. Pihak yang terlibat adalah kerajaan, bank pusat dan bank-bank tempatan.
2. Pihak yang untuk adalah bank pusat (individu) dan juga bank bank tempatan.
3. Mangsanya adalah KITA.


BAGAIMANA?

1. Kerajaan akan mengeluarkan IOU (Bond) iaitu keperluan untuk mendapatkan wang.
2. Kebiasaannya Bank-bank tempatan akan membeli IOU tersebut. Secara tak langsung Kerajaan telah
    mendapat wang yang diperlukan.
3. Bank tempatan pula menukarkan (Swap) IOU tersebut dengan IOU dari Bank Pusat yang membenarkan
    Duit dicetak untuk bank tersebut.
4. Setiap wang yang diterima oleh kerajaan dikenakan faedah (Kadar Faedah semasa).



ADAKAH ANDA JELAS?

SEBENARNYA DUIT YANG DICETAK ADALAH DICETAK SESUKA HATI TANPA DISANDARKAN PADA APA APA SANDARAN SEPERTI EMAS.

TAHUKAH ANDA, SIAPAKAH YANG MEMBAYAR FAEDAH YANG DIKENAKAN?

JAWAPAN : KITA. KITA MEMBAYAR HUTANG KERAJAAN MELALUI CUKAI.

OK, SETERUSNYA.

6. Kerajaan kemudiannya menyalurkan wang yang dipinjamkan kepada pasaran ( Gaji/Social work/
    Pembangunan/kontrak).
7. Kebanyakkan wang yang di salurkan akan disimpan didalam bank tempatan oleh mereka yang
    Memperolehinya.

JENG JENG JENG.. NAK TAHU TAK BANK BUAT APA DENGAN DUIT YANG ANDA SIMPAN.

8. Dengan menggunakan konsep "fractional reserve lending". Bank boleh meminjamkan 9/10 dari wang
    anda kepada orang lain dan mengenakan faedah keatasnya.
9. Hasilnya, pertambahan wang dalam pasaran yang akan menyebabkan berlakunya inflasi.
10. Disinilah sebenarnya wang dihasilkan. 92-96% wang dihasilkan oleh sistem perbankan.

INFLASI = Permintaan melibihi penawaran. Kenapa? bila jumlah wang bertambah, kuasa membeli
                   bertambah.



PERSOALAN: ADAKAH INFLASI BOLEH DIKURANGKAN?
JAWAPAN    : TIDAK, TIDAK DAN TIDAK

KENAPA?

MARI KITA LIHAT SATU SENARIO INI.

1.Katakan pada permulaan, BANK MEMINJAMKAN WANG KEPADA KERAJAAN SEBANYAK RM 1,000,000 dengan faedah sebanyak 3 %.
2. Bermakna jumlah faedah = RM30,000 dan jumlah hutang kerajaan termasuk faedah adalah RM 1,030,000.
3. Kita tahu,bila kerajaan dapat wang 1 juta, jumlah wang dalam pasaran hanya ada 1 juta sahaja. jadi bagaimana kerajaan nak bayar faedah RM 30,000 tersebut?

JAWAPAN : KERAJAAN PERLU MEMINJAM LAGI DENGAN BANK. DAN PINJAMAN ITU JUGA DIKENAKAN FAEDAH.

OLEH ITU, JUMLAH WANG SEMAKIN BERTAMBAH
DAN
HUTANG KERAJAAN JUGA AKAN SEMAKIN BERTAMBAH

JADI JANGAN HAIRAN KALAU CUKAI NAIK, TOL NAIK, MINYAK NAIK, HARGA BARANG NAIK, HARGA RUMAH NAIK. KERANA INI ADALAH KESANNYA. DAN KITA LAH YANG MENANGGUNGNYA.




No comments:

Post a Comment