Gold vs Property

Persoalan :

Kenapa saya buat perbandingan ini.
Ramai yang bertanya kenapa simpan emas? Kenapa tidak beli hartanah?
Sedangkan pelaburan hartanah sekarang memberi pulangan yang lebih baik buat masa sekarang.


Jawapan :

Emas dan Hartanah boleh dikatakan satu asset.

Tetapi apa yang membezakan Emas dan Hartanah adalah, Emas merupakan asset yang boleh dijadikan matawang

Ini adalah kerana ianya senang dicairkan dan senang untuk diperdagangkan

Berbeza dengan hartanah yang agak sukar untuk dijadikan matawang dan hanya boleh dicairkan kepada matawang.

Ya, buat masa sekarang hartanah lebih memberi pulangan yang baik berbanding Emas, ini adalah kerana kesan inflasi sistem matawang kertas yang melonjakkan harga pasaran hartanah.

Tetapi, apa yang akan berlaku sekiranya sistem matawang kertas ini hancur. Siapa yang lagi untung? pelabur emas? atau pelabur hartanah?

Mari kita lihat dari satu sudut.

1) Wang kertas boleh digunakan untuk membeli hartanah.
2) Emas juga boleh dijadikan matawang untuk membeli hartanah.
3) Hartanah tidak boleh/sukar untuk dijadikan matawang untuk membeli hartanah yang lain.

Sekiranya sistem matawang kertas sudah ranap. Nilai matawang kertas akan berpindah kepada Emas.

Bayangkan apa akan terjadi pada hartanah yang sebegitu banyak di muka bumi ini sekiranya wang kertas sudah tidak laku? bagaimana hartanah- hartanah ini boleh dicairkan?

Jawapannya Emas.

Kita lihat ratio jumlah emas dalam dunia berbanding jumlah hartanah dalam dunia. Nilai Emas boleh naik dengan tinggi berbanding dengan nilai hartanah.

TAHUKAH ANDA.

Semasa zaman hyperinflasi yang teruk di German. 35 ounce (1088.5gram) emas digunakan untuk membeli satu hartanah ( terdiri daripada beberapa bangunan di sebuah jalan).

Pada masa tersebut matawang kertas belum lingkup lagi, cuma apa yang berlaku adalah hyperinflasi.

Jadi gunakan imaginasi anda, apakah yang anda boleh beli dengan emas pada masa kegagalan sistem matawang kertas berlaku.

PASARAN HARTANAH DI MALAYSIA SEKARANG?

Ramai orang tidak sependapat dengan saya mengenai isu EMAS vs Hartanah di malaysia.

Memang saya akui hartanah banyak memberi pulangan bulanan (Sewa) dan pulangan cepat (bagi sesiapa yang membeli rumah di awal pembinaan rumah).

Saya melihat disini kita berada dalam BUBBLE (Kenaikan Harga) pasaran hartanah dan semakin hampir ke puncak.

Ramai orang berpusu-pusu memasuki pasaran hartanah.

Harga Rumah boleh di ekploit oleh pemaju-pemaju  yang ingin menunjukkan pelaburan hartanah sangat baik.

Tetapi ramai yang tidak sedar, semasa kita memasuki pasaran hartanah yang sedang tinggi, pihak lain yang mula meninggalkan pasaran ini kerana mereka sudah untung (Pemaju dan Pelabur awal).

Mereka telah mengaut keuntungan, kita mengambil risiko.

Bila berlaku lambakan projek perumahan, orang yang mampu beli rumah pula tidak ramai. Apa yang bakal berlaku?

Kita sendiri boleh tengok keadaan sekarang, ramai rakyat malaysia tidak layak untuk membeli rumah.

Ok fine, ada orang kata banyak rumah dibuat untuk investor luar dan harga boleh naik lagi.

Tetapi kita kena ingat, rumah adalah satu keperluan, sekiranya harga naik terlalu tinggi dan kita tidak mampu untuk membeli. Harga rumah akan kembali jatuh.

Kita lihat apa yang berlaku semasa krisis US 2008 (subprime mortgage crisis). hasil daripada langkah kerajaan US membina banyak rumah (rumah impian setiap warga US).

Tetapi ramai rakyat US sebenarnya tidak layak untuk membeli rumah.

Kerajaan US pula menurunkan kadar faedah supaya mereka yang tidak mampu turut dapat membeli rumah.

Apa yang berlaku, ramai yang tidak dapat bayar pinjaman rumah mereka. terlalu banyak rumah dilelong. menyebabkan bank-bank kerugian.




No comments:

Post a Comment