Thursday, March 2, 2017

Wang Kertas - Penipuan dan Perhambaan terbesar Dunia.

Siapakah diantara kita yang benar benar mengetahui kenapa semakin maju dunia kita semakin tertekan kehidupan kita. Harga barang naik, harga minyak naik, harga tanah naik, pendek kata semua benda naik. benarkah apa yang kita belajar semasa disekolah dahulu keadaan ini dipanggil inflasi? apa yang kita tahu tentang inflasi? permintaan melebihi penawaran? harga barang naik? atau sebenarnya nilai wang itu yang menyusut?

Bila dilihat hutang negara pula, tiada tanda-tanda yang hutang negara akan berkurang. makin lama makin naik. pernahkah kita berfikir kepada siapa negara kita berhutang? kenapa negara kita perlu berhutang? tak bolehkah kerajaan cetak sendiri duit untuk tujuan pembangunan? adakah bank negara milik kerajaan?

Wang dan Matawang

untuk mengetahui secara jelas apa yang berlaku dalam keadaan ekonomi sekarang. Kita perlu belajar semula asal usul penciptaan wang kertas yang sememangnya tidak pernah diajar di sekolah sekolah atau pun universiti. apa yang kita belajar adalah wang kertas digunapakai bagi menggantikan wang wang lama yang berbentuk syiling atau pokok atau berbagai bagai bentuk lain yang tidak praktikal untuk dibawa. jadi wang kertas dicipta untuk mengatasi masalah tersebut. adakah kita yakin itu yang sebenarnya berlaku?

tahukah anda sebenarnya wang kertas(money) adalah matawang(currency) yang digunakan sebagai matawang bagi menggantikan emas,perak dan lain2 matawang yang digunakan pada zaman dahulu. tapi adakah wang kertas benar benar layak untuk menjadi satu matawang?

mari kita lihat ciri ciri yang perlu ada pada mata wang:

valuable - mempunyai nilai
portable - senang dibawa
durable   - nilai yang kekal
divisible - senang dibahagi
fungible - nilai yang sama 
sesuatu matawang mestilah mempunyai nilai pada dirinya sendiri dan nilai tersebut berkekalan sampai bila-bila dan nilainya adalah sama tidak kira dimana pun anda berada.

jadi, adakah wang kertas benar benar layak untuk menjadi satu matawang? 

kita kena fikir dari mana sekeping kertas bernilai satu ringgit itu mendapat nilai?, sedangkan ianya hanya sekeping kertas.
adakah nilai wang RM 1 pada tahun 1957 dulu sama dengan nilai RM 1 pada tahun 2017?
adakah nilai wang RM 1 sama dengan nilai matawang lain seperti USD 1?

saya tidak mahu beri jawapan kepada anda. kerana anda sendiri boleh berfikir apa jawapan yang sebenar.

Ada dikalangan anda mungkin bertanya jika wang kertas tidak layak menjadi sebuah matawang, kenapa jawatankuasa fatwa dan semua kerajaan dalam dunia ini membenarkan penggunaannya? 

Jika dilihat dari sudut agama islam, secara jelas wang kertas adalah berunsurkan riba. bukan sahaja kerana ianya tidak mempunyai nilai sendiri, tetapi ianya bergitu mudah untuk dicetak sewenang-wenangnya. Jika anda fikir wang kertas dibackup oleh emas atau sebagainya. nampaknya anda belum sedar realiti sebenarnya wang kertas yang kita gunakan pada hari ini. Cuba anda pergi ke bank atau bank negara dan bawa wang anda untuk ditukarkan kepada emas, saya yakin anda akan dihalau seperti orang gila.

Sistem Ekonomi berasaskan Hutang dan Riba

Untuk mengetahui sistem ekonomi yang digunapakai sekarang, anda kena belajar tentang sistem ekonomi Amerika. Kenapa? kerana sistem ekonomi moden berasaskan wang kertas dan bank berpusat sekarang bermula di sana. Kedua, hampir semua negara mengamalkan (dipaksa) sistem ekonomi yang sama.

Sejarah US sebenarnya sangat panjang dan complex, jadi mari kita lihat ape yang berlaku sebelum tertubuhnya Federal Reserve. Sebelum adanya federal reserve, presiden US, Thomas jefferson pada ketika itu bermati matian menghalan penubuhan Federal Reserve yang sebenarnya adalah private entity dan bukannya milik kerajaan. Penubuhan federal reserve ini dicadangkan oleh Tycoon2 bank dan minyak pada ketika itu.



Apakah sebenarnya Inflasi?



Kita adalah hamba kepada sistem ekonomi


Halatuju sistem ekonomi berasaskan wang kertas dan central bank